Friday, December 31, 2010

HEI-PYE BECOMING NEW YEAR

Aigoo...malam nie dah nak masuk tahun baru rupanya. rasanya tak awal sangat kot nak ucapkan selamat hari raya ... ops... selamat tahun baru. fikir-fikir balik, baru jer masuk tahun 2010 asenyer, dah nak rasa tahun 2011. orang kata tahun baru azam baru. tapi, aku kata hari-hari pon azam baru. kalau nak fikirkan balik, aku pon tak tahu apa azam tahun lepas dan lepas ke tak azam tu. haish...tahun nie kene fikir balik ke azam baru? aigoo...malas betol la. senang kerja, apa yang menjadi tu, kira azam dah jadik la. kan lagi senang. tak yah nak pecah kepala fikir azam baru plak.


omo...lupa plak
semalam kak long ada massage kat aku
dik, azan tahun baru ko ape? ;)
mampus...apa aku nak jawab.....alik-alik, aku tanya dia balik
habis, azam ko ape? nak bleh anak? hahahaha
tau pon. saje jer aku tanya. :):p
haish...hangin aku. tetiba aku fikirkan balik. daripada takder azam yang betul, masukkan jer la azam nak bleh anak sedara..hahahaha..kelakar giler fikirkan balik. mungkin azam lain yang aku boleh masukkan lagi, nak berusaha lebih gigih la kot dalam apa jer yang aku buat. janji semuanya dibuat dengan ikhlas. ceh...falsafah jap kat sinie. aper-pon, tahun baru adalah permulaan baru lagi. buangkan buku lama, pergi kedai beli buku baru. tak payah nak guna liquid paper plak, nanti tanggal liquid tu, akan nampak kisah lama yang tersembunyi. pedih plak hati kang bila baca balik.

cayok!!cayok!! 2011~waiting for me

Wednesday, December 15, 2010

.:bergumbira:.

seharian dari pagi sampai ke petang keluar lepak ngan mamber lama..haish...penat sih...
tapi tak per asenyer, dah lama tak jumpa ngan budak-budak nie
masa cuti sem ni lah baru dapat jumpa
itu pun tak semua yang dapat keluar
dengar-dengar minggu depan pergi pantai..
hohoho...lepak lagi la gamaknyer
lagi ramai la kot yang ikut nie..
huh...penat tak hilang lagi, letih plak nak menaip panjang-panjang..

thanks to NUYU, PADDY and ECHAH sebab keluar tadi...
kalau keluar tiap kali cuti sem pon, memang dengan diorang la gaknyer
hari nie dapat jumpa mamber lamer lagi; WANIE and MAS
rasanyer dalam lima tahun jugaklah tak jumpa lepas aku cabut form 3 dulu...
hahahaha...windu la semua...

sampai jer kat kb mall, terus pergi kat bowling
dah penuh la plak...musim cuti sekolah gamaknyer
keluar main la lepas tension sekolah kot
keluarjer dari puat boling, nampak kelibat mamber sekelas kat melaka
fulamak...jauhnyer diorang sampai kat kelantan
cuti-cuti malaysia la tu...
dah tu, kitorang terus pergi makan...isi perut katakan

hahahaha...apa lagi...bowling time!!!!
nasib baik masa kami pergi semula dah kurang orang kat dalam tu...
yang geram plak, servise tak baik la pulak
hangin nak main asenyer
main kejap,tunggu kejap...main kejap, tunggu kejap
jadi manual la pulak tempat pin jatuh
haish....potong stim betol la!!!


 dah terbukti aku antara raja longkang....hahahaha



.: thanks semua sebab keluar bergumbira :.

Friday, December 10, 2010

BAKTI SISWA FELDA CHIKU 5

lepas cuti semester baru-baru nie, terus join masuk bakti siswa...
yer la...kalau dok kat umah pon bosan asenyer
sebulan cuti, maunyer tak kebosanan kat umah...dah la dok sorang-sorang
daripada buang masa baik ler join sekali ngan budak-budak nie
ayyooo...buang masa ker??? bukan ker memang asyik melekat depan pc nie...hahahaha

selama empat hari tiga malam aku kat sana, felda chiku 5, gua musang, memang best...
sampai kat sana paling lambat..ayyooyooo...semua orang dah ada kat sana
aku pergi pon ayah yang hantarkan, sekali ngan budak-budak nie
lepas dengar beberapa taklimat, kitorang dapat ayah angkat...aku dapat tiga adek-beradek
fuhh...ramai tol...

inilah famili terbaru kat sana...itulah abah kami bersama kak maz, kak wara dan jugak wie

banyak gak aktiviti yang ada, antaranya gotong-royong bersih kawasan balai dan masjid, buat lawatan pasal IKS, gotong-royong masak kat balai ngan orang kampung...ha..dan tak lupa jugak, kirorang ada buat persembahan kat sana, aku pon join sekali la..tajuk sketsa kitorang 'JASA BONDA'
masa buat latihan main-main jer, tak sangka pulak masa yang betul-betul tu dapat sambuatn dari semua
asyik tergelak jer masa lakonan tu, lebih-lebih algi budak-budak yang dok kat depan
time sedih pon diorang gelak...haish..tak paham tol la...

masa kitorang buat latihan lakonan

 lakonan pada malam kebudayaan...terselit sekali ngan nyanyian pada akhir lakonan


gotong-royong bersihkan kawasan padang...sempat lagi posing

banyak kenangan manis yang aku tinggalkan kat sana
kalu boleh rasa nak pergi lagi kem bakti siswa pada masa hadapan nie
nak rasa macam mana keadaan di tempat lain pulak

kenangan bersama di FELDA CHIKU 5, GUA MUSANG

gambar sebelum sampai di felda...aku tak der masa nie..semua nie dari melaka

antara kenangan bersama di sana...




 


Wednesday, December 8, 2010

Timor Garden

apalah tajuk yang aku bagi hari nie... aku pon tak tahu
tetiba jer aku nampak kat kulit coklat nie ada nama tu...
hahaha...coklat apa eh??? coklat yang fuza bagi kat aku masa dia nk fly balik kl hari tu...
thanks fuza...


aish...yang aku heran nyer seronok benar mak aku bila aku sebut fuza nak datang ngan mama dia
sebelum tu fuza ada call aku, bagitahu yang dia nak datang ke kelantan ngna mama dia
aku pon bagi tahu la kat mak aku...senyum pulak aku tengok dia semacam jer

pagi tu aku drive la ambik fuza baru sampai ngan mama dia
kesian pulak aku tengok, baru jer sampai dah nak pergi buat demo
nak rehat kejap pon tak boleh nampak gayanya

masa kat sana, aku pon tak buat aper-aper, tolong la aper yang patut
dengar diorang buat demo best jugak aku tengok
sampai aku terikut-ikut ngan peserta yang datang hari tu

lepas habis selesai semua kerja, ingat nak bawak balik fuza ngan mama dia kat umah
tak sempat la gayanya... terus hantar kat airport
lebih kurang lapan jam jer diorang kat kelantan
banyak kerja katanya belom selesai lagi...

ingatkan nak tunggu tengok diorang berlepas, tak sempat pulak
zohor pon dah lewat...terus la aku balik yang mak ayah aku nie
hari tu aku kene test lagi, mak aku cakap dia tak rasa lagi nak break kaki kat belakang
nampak gayanya aku pas la nie...hahahhaha

adoooiii....hari nie pon kene test lagi...aku kene drive dari rumah sampai la atas pada melor
lama giler aku drive, sampai sakit pinggang aku nie...
macam mana la aku bawak hari nie...semalam dah pas...hari nie fail lagi
asyik kene perli jer ngan mak ayah aku...macam mana lah jpj boleh bagi lesen kat aku nie

mak aku cakap, kalau dia jadi jpj tu, memang sah aku tak dapat lesen lagi
aku cakap, nasib baik mak aku tak jadik jpj tu, kalau tak kempunan lah aku lesen
dah la kene bayar mahal...adooyaii...
tergelak aku...tiap kali aku drive, mak aku la paling kuat dia tergelak
haish....hangin aku rasa...nak kuar kat kb pon tak lepas
macam mana la aku nak bawak jauh-jauh....

~hwaiting kama.... hwaiting!!!~

Monday, December 6, 2010

Pandu Kereta

adoiiii...kelakar bila teringat time aq bawak kete...walaupun aq dah lepas jpj dengan jayanya, tak semestinya aq bole lepas dengan jabatan yang lebih besar nie
saper lagi kalau bukan abah ngan ummi aq
walau dah terpampang pelekat 'P' kat kete, aq still tak boleh bawak lagi
mesti kene ada diorang kat sebelah, tak pon salah sorang mesti ada
baru nak try ada feel bawak kete sorang-sorang, dah kene sekat....padan muka aku

yang nak tergelaknya, hari pertam aq kuarkan kete dari umah aq,
dah nak terlanggar ngan van
nie gara-gara aq tak tengok cermin kiri la
aq pon terkejut gak, asal lak aq bleh tak nampak van kat belakang
oppss...silap, asal lak aq boleh main redah jer

yang paling kelakar sekali, masa aq bawak kete, abah ada kat tepi aq
ummi plak kat belakang abah, yang aq tak tahan tu..
ummi siap ada break kat kai aq kat belakang
aq tanyala ada break ke kat belakang tu...
ummu cakap dia kecut perut naik kete ngan aq
sampai automatik kaki dia break sendiri kat belakang walaupun sebenarnya xder break pon..hahahaha
aq yang tengah mandu pon tak tertahan gelak tengok ummi tengah gelak sakan kat belakang

adooiii...bila la aq dapat lepas dari jpj keluarga nie
sampai nak bawak kawan-kawan keluar pon diorang tak lepas lagi
kalau aq sebut jer nak bawak kete
mulalah diorang tergelakkan aq
abah aq kata aq kene biasa ngan stereng dulu
biar mahir atas jalan raya yang sibuk
ummi aq pulak cakap macam mana lak si jpj boleh lepaskan aq
aq kene mahir atas jala kampong dulu
dua-dua pendapat bercanggah...tapi aq tahu itu semua untuk aq mahirkan lagi la tu...
harap-harap lepas nie aq dapatlah bawak dengan yakinnya
takder la dengar ummi ngn abah aq asyik tergelakkan aq jer

Wednesday, December 1, 2010

Award pertama: dari Ika Puk Puk


sukanya bila bukak jer blog nie...
ada orang bagi award kat kama
mekasih la banyak-banyak kat IKA
inilah award pertama yang kama dapat
lolipop ag...

harap-harap bila bukak blog
ada banyak lagi yang sudi bagi award kat blog nie
~mekashih~

Wednesday, November 24, 2010

Mary Stayed Out All Night

kenapa aku post tajuk nie???? sebab aku tak post tajuk lain la...adoooiiii
raya sakan aku hari nie, yerla kan dah lepas exam
dah makan-makan, jalan-jalan, tengok drama la gayanya
drama aper nie....drama kat leptop la...korea punyer
adus...aku skang nie memang giler dengan k-pop la agaknya
dulu selalu layan hindi...aper nak sebut...bollywood la
itu bukan maknanya aku tinggalkan bollywood
tukar angin la sikit...takkan la syik layan dengan hindi jer
kebulur la aku ngan citer lain


inilah tajuk post aku...citer dia MARY STAYED OUT ALL NIGHT
aku tak dapatla tengok semua citer dia
maklumlah sekarang pon tengah tayang kat korea
jadi, terpaksalah aku tangguhkan niat aku nak tengok citer nie
jalan cerita dia memang best
sampai tak sabar aku nak tunggu episod akan datang
terpacak jugak la aku depan laptop hari-hari

~padahal aku dah tengok episod yang dah keluar~

 
kenapalah aku tak berhenti lagi menaip nie
dah...aku dah letih nak taip lagi
tapi mata tak ngantok lagi ni
tengok kawan-kawan tidur lena
maklumlah esok diorang dah nak balik
aku??? hari khamis baru balik kampung
aku pon tak tahu kenapalah aku stay lama-lama kat sini
nak kata rindu...adoooiiii
kelaparan aku esok gamaknya nie
tak de kedai nak pi makan nie....

tahan jerla perot oiii....

Tuesday, November 23, 2010

...terlepas...melepas...menunggu...

adooiii...tak tahulah kenapa aku boleh terlepas peluang hari tu..
tup..tup... bukak web, dah habis tamat tempoh penempahan
alahai...ruginya aku rasa. asal la aku tak tengok awal-awal lagi kat web page dia
dah tu...terlepas la peluang aku nak dapatkan baju tu...

lepas tu...aku terus pergi kat page dia tanya balik
kot la ader lagi buat tempahan
aku memang nak beli la

dah tu...aku melompat la. aper lagi suka la dapat baju tu
tapi tak tahula bila lak aku boleh buat tempahan nie
berbaloi atau tak, itu perkara kedua kot dal otak aku skang nie
biasala kan...bila dah suka, benda lain memang aku tak hingat
tup...tup...bila da jadi baru fikir balik
untuk baju nie, aku memang dah fikir habis-habis
tapi dia kata akan ada design baru...
...tak per la kot, asalkan ader baju dia...

~tak sabar nak tunggu ~


Wednesday, November 17, 2010

mengimbau kenangan KEMBALI

tetiba jer malam nie sayup-sayup jer...tengok tv pun macam tak tengok jer
maklumlah malam raya kat hostel, tak balik la maknanya nie...
huhuhu...nasib baik la nie raya aidiladha...kalo raya puasa asenyer nangis melalak jugak aku kat sinie
tak tahu la aper jadik kat kampung

sebenarnya aku nak tulis pasal imbasan lalu...terpesong benda lain la pulak dah
...teringat masa sekolah dulu...
rasanya nak patah balik masa n buat balik aper yang dah aku missed dulu
tak mungkin dapat patah balik kan...kalau la dapat pun, aku buat balik ke aper yang aku missed tu???
mmmm.... tak tau la aper nak jadik kan....

masa sekolah dulu memang manis sangat...betul la kata cikgu-cikgu dulu

"awak, lepas dah kerja... awak rasa la nak pakai balik baju sekolah"
"skang nie, pakaila puas-puas. jadi, jangan la ingkar arahan sekolah"

sedey la asenyer imbasan lalu...berbual ngan kawan-kawan
pergi outing sama-sama... rindunyer!!!!!
nasib baik la, walau kitorang dah lama berpisah, tapi, still lagi kuar sama-sama
kalau dapat cuti jer, mesti keluar...hahahhaha....mmg best.....
tak sabar rasenyer nak balik nie...

memang makan angin sakan la aku ngan budak-budak nie...
adoooiiii....lupa pulak...skang kan musim hujan
mmg tak boleh keluar la maknanya nie....
ngadap laptop la jugak nampak gayanya balik nie
nasib baik la boleh berhubung lagi ngan kekawan lama....


~ innaesim-eul nae chingu, god dol-a olkke .. jom deo jeulgil su issseubnida ~

Tuesday, November 16, 2010

...XeMM...AidulAdHa....

masok nie dah tahun dua aku kat sinie
macam-maca aku dah belajar asernyer
skang nie pon dah masuk hujung sem
maksudnya exam la...aper lagi
cuak..memang cuak...tiap kali exam
walau dah kali ketiga aku langkag masuk bilik tu
rasanyer macam kali pertama lak masuk
adoooiiii....macam-macam la


...tak tahu la nak buat aper cuti-cuti nie, kater cuti raya...
...tapi bukannya balik kg pon, terperuk jugak kat sinie...
...gara-gara exam dalam mood raya...
...mmg tak dapatlah aku balik kg...
...aperlh yang family aku buat masa raya nie???...
...mesti sakan diorang ngan daging....sampai muak tengok daging...
...mmmm...mesti best kan...
...lepas tu, masak nasi, buat lauk-pauk, makan ngan semua family...
...adus....bestnyer ngan semua nie...rindu sangat-sangat nie....
 

Tuesday, May 18, 2010

~f4 yang comel~

aduyai...aku skang nie tengah addict ngn citer korean 'boys over flower'... kuang3... penangan dari ana.. ana, tolom aku nie, dah tak boleh nak buat kerje lain dah. asyik dengar kagu citer dier jer. hahahaha... dulu aku tengok cerita 'hana yori dango'. citer dier pon sama jugak ngan 'bof' ni...
citer ni yang aku tahu asalnya dari taiwan 'meteor garden', lepas tu jepun 'hana yori dango', siap ada 'hana yori dango 2' lagi, yang best dia buat movie plak. lepas dua-dua drama berjaya pikat hati boleh dikatakan seluruh masyarakat bumi ni, versi korea 'boys over flower' pon dikeluarkan. best giler citer semua ni. dalam citer ni memang ada kumpulan f4 yang hedsome ngn comel sangat. sebab tu la semua orang suka nak tengok.

 METEOR GARDEN 2001

HANA YORI DANGO 2005
BOYS OVER FLOWER 2009

Sunday, May 9, 2010

~salah siapa~

waduh3...letih sungguh badan rasanyer. tp, memang happy giler la coz dapat jejak kaki kat umah semula. dari melaka terus pergi bukit jalil. seharian round klang, jalan pudu ngan entah kat mana lagi pergi, aku pon tak ingat dah, yang pastinya hari ni aku dah kat umah... yahoo!!! seharian lam kereta lerja aku tidor ler. habis, tak tau nak buat aper kan. cuti sampai bulan tujuh, tapi rasanya pergi lam bulan enam kot. tak per, korbankan masa skit dulu. bak kata pepatah 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'. 
kepada semua sahabatku sekalian... SELAMAT BERCUTI semua... moga-moga enjoy la masa cuti anda.

aku pon tak tahu nak buat aper masa cuti ni. memang ngadap benda ni la kot. tak pon pergi kebun teman ayah ke aper ke... banyak perancangan lam kepala, tp tak tau dapat laksanakan ke tak. aper-pon kita enjoy!!!

Saturday, May 8, 2010

BUSINESS APPRENTICE

wow, cuit sem dah tiba. tp, aq masih tak balik lagi ni (T_T)... masih kat bunga raya, ada kem tujuh hari. lama betol, hahahah....sebenarnya ada dua kem. 3 hari kat Ancasa Hotel, 4 hari lagi kat Glory Beach Resort. seronok sangat. yer la dapat ilmu yang sebelum ni aq tak pernah terfikir ke arah tu. macam-macam added value dalam kepala...huhuhuh...

yang paling bestnyer bila berbaloi tunggu 3 bulan fikirkan idea. so, kalau dah diterima kenela teruskan .(^_*)

inilah kumpulan aq yang tunggu selama 3 bulan tu, jadi ke tak jadi. Alhamdulillah...akhirnya hajat kitorang tercapai jugak. aq ngan member pompuan ni jer. kami bersama dekan fakulti. dialah yang approve kan projek kami. thank prof. hope kami dapat buat yang terbaik lah...


hahahah...jeng-jeng-jeng... inilah group aq yang dapat pergi sana. tapi kami buat projek lain-lain lah. dua projek lain, dan dua lagi projek lain. masing-masing ada komitmen yang sendiri. itu yang paling penting dalam kumpulan. selama 3 hari kami kat sana, memang happening la yang boleh aq ungkapkan. berbaloi lah penat kami pergi sana mendengar ceramah. ada yang ceramah fun, part tu yang paling best la. tapi, aq letih sangat lepas present. so, aq tidur ler dalam hall tu. ada jugak ceramah lain aq tertidur. aq pun tak perasan bila masa leh terlelap. penat sangat kot...huhuh... aper-pon thanks la buat fakulti jadikan program ni berjaya... chak de!

Tuesday, April 27, 2010

~biLa WaKtU tElAh BeRaKhiR~

Ya Allah...tetiba jer hati ni jadi sayu sangat. terkenangkan dosa-dosa lama, dosa-dosa yang bakal dilakukan. apa yang ada dibelakang tak terhitung pikulnya. inikan pula yang baru. MasyaAllah...macam mana nak hadapi semua ini.bagaimana dengan yang telah berlaku? adakah masih ada ruang untuk hambaMu ini untuk menebusnya semula? tak tertanggung rasanya hati dan fikiran...(T_T)

Ya Allah...aku semakin terasa sangat kecil di sisi Mu...tak terkata gerakan bibir untuk meluahkan...hanya dapat digambarkan dalam minda dan fikiran. Engkau sahaja yang lebih mengetahui apa yang tersirat dan tersurat dalam hati ini. diri masih tercari-cari siapa yang sebenar dan untuk apa diwujudkan... kekuasaanMu sunggug luar biasa, tak ada sesiapa yang dapat menandingi...(T_T)

damaikanlah hati hambaMu ini Ya Allah...berikanlah sedikit lagi waktu untuk merubah keadaan menjadi lebih baik..damaikanlah....damaikanlah...damaikanlah...berikanlah petunjuk dan hidayatMu pada hambaMu yang lemah ini. berilah petunjukMu atas apa-apa kesilapan yang dilakukan secara sengaja atau tak sengaja..sememangnya hambaMu insan yang lemah, sentiasa khilaf dalam kesilapan. sering melakukan khilaf...(T_T)
  
" Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu tlah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi "

sungguh indah ciptaanMu Ya Allah...amat tenang sekali, hati tak pernah puas untuk melihat kekuasaan Mu Ya Allah...(T_T) 


Maha Besar bagi Mu Ya Allah yang menciptakan alam semestar...(T_T)


Sunday, April 25, 2010

~awak kene saman....!!!~

Adoyai...seharian aku tidur hari ni...macam mana yang tak tidurnyer, hujan!!! Memang lentok la, melekat kat atas katil. Tak boleh bangkit terus. Asyik tidur petang tadi, tetiba tepon aku bunyi...ummi yang tepon

     "Adik tak bayar ke 'berok ban' ni???"

     "Ha...owh. Dah stopkan ai tu. Yang tu tak bayar lagi. Tak pe"

     "Ni surat saman. Kene bayar dalam masa 7 hari ni. Habis, bila nak pegi bayar?"

     "Ala...nanti balik ni la bayar"

     "Kenapa tak pegi bayar lagi?"

     "Malas la nak keluar. Nanti la balik ni pergi bayar"

Hahahahaha...macam tulah bunyiknya. Mula-mula fikir jugak aku. Nanti kene saman. Adus, sabar la. Nanti balik pergi la bayar. Aku dah stop kan pon 'berok ban' tu. Dia sendiri suruh tunggu dulu.

Malam-malam macam ni buat aku nak tidur la pulak. Ingatkan nk study skit, tapi mata yang makin berat jer. Kuatkan semangat, study la woit!!! Dahla aku ni kaki tidur. Petang memang tak study, asyik membuta jer atas katil. Jom kita study!!! (^_*)

Saturday, April 24, 2010

~???...keletihan~

Adoyai....seharian aku tak tidur. Sakit kepala jugak kan aku ni, nak tidur tapi tak terlelap la pulak. Badan pulak keletihan sangat hari ni. pagi pergi jalan, petang ada kerja la pulak. Kepala dah berdenyut suruh lentok atas bantal, mata jugak yang tak nak pejam. Tak sabar rasanya nak habis exam ni. Lepas tu, boleh pergi kem. Dapat jugak isi masa cuti yang nak dua bulan hendaknya ni. Aku dok kat umah jer kot, tengok citer, main fb, tak pon tidur. Alahai...memang membuta la aku kan. Naikkan badan jer la.

Adoi...tetiba teringat petang tadi. Hahahahaha...kelakar la. Dah la pergi jalan-jalan ngan member, terasa lapar la pulak. Ye la, seharian tak tidur, perut berbunyi la kan. Nasib baik tak dangdut yang keluar, ala-ala jazz jer yang bunyi. Mak oiiii...memang kelaparan la kan. Singgah la kat kedai makan nasi ayam. Yum...yum...yum...memang lantak la aku. Borak tengah borak ngn budak-budak ni, ader sorang kakak kedai makan tu datang...

     "Dik, tak payah bayar yer. Abang yang pakai jaket hitam tu dah bayarkan"

     "Ha...ok..."

     "Ni dia bagi" (kertas yang ada nama dan number)

     "Terima kasih yer"

Ha..ha...ha...saper nak jawab. Semua diam eh. Adus, jenguk skit kepala nak intai la kot. Saper yang bayor. Adus, tak nampak la pulak. Mmm...tercari, tak jumpa. Lantak ko la...

Uish...segan giler do...aper dia ingat dah bayarkan bleh blah cam tu jer. Habis kertas tu buat apa??? Apa lagi...gumpal dan buang la. Malas nak layan...tut...

Adus...ingat dah sampai umah leh rest jap. Terkejar plak pegi kat kampus, ada kerja ngn lecturer skit. Bincang punya bincang dah ke petang. Yahoo...dah sampai umah. Ya Allah...sedapnya badan boleh rest atas katil.

      "Cepat datang...cepat"

Hahahaha...katil dah panggil. Apa lagi, memang lentok la kan. Sedar tak sedar dah malam eh. Tangan pun dah letih nak menaip. Kesian badan, nak suruh sambung balik la tu. Top-up tidur...Huhuhuhu....

Wednesday, April 21, 2010

~keluarga bahagia~

alahai...malam macam ni nak 'touching' la plak kan...ni penangan citer hindi 'Om Jai Jagadish' la...teringat la plak famili kat umah. lama tak jumpa, rindu sakan rasanya. teringat cerita tadi, cerita ni pasal keluarga yg dilanda masalah. tp, mereka berusaha selesaikan sendiri dengan keluarga masing-masing. lepas satu-satu masalah yang datang. macam la dalam hidup kita jugak kan. keke hadapi lah walau apa pun rintangan dan halangan. adus, falsafah pulak kat cinie...huhuh

bukan tengok habis sangat pun citer ni, banyak yg 'skip'. sebenarnya dah tengok pun citer ni sebelum ni. dah main kat tv pon. tp, bila sampai kat 'ending' dia. adoi mak...leh nangis plak aq....(T_T) ingat kat famili yang dok umah tu. bila la nak balik.

membebel lak panjang-panjang kat sini. malam ni kalau boleh nak tidur jugak. lama dah tak tidur malam. macam mana la aq boleh jadi cam ni. sendiri pun tak tahu. apa nak buat...ikut jer la mata ni...wokelah...nite malaysia....(^_*)

Friday, April 16, 2010

~resah...gelisah...resah~

 
  aduhai bila dah namanya malam, mata aku ni memang tak mengantuk. 
orang lain semuanya dah lentok. aku jer yang berdiri gah mata...
hahahha, sabar jer la. dah dua minggu aku susah nak tidur malam. 
aduh, kalau berlarutan sampai kepanjangan memang la parah kan. 
harap-harap lepas ni tak jadi macam nie lagi. susah sangat badan. 
kalau dah tak boleh tidur malam, maknanya tidur petang la jawabnya. 
memang bangun lewat petang la kan...

tak apa la kot. skang ni tengah musim exam. 
boleh la aku ambik peluang buat revesion skit kot. kelakar giler....
revision la sangat sambil dengar hitz. 
boleh la kot dikatakan revision.
sambil baca sambil dengar hitz...
memang best la ni...
tak la sunyi sangat dok sorang
boleh la hilang aku kesunyian...

tiba-tiba aku rasa sedih la pulak kat sini...
sebab ape eh???
oh...tadi kak long sms
tanya bila aku nak pegi umah dia...
lepas tu, kak long cerita pasal dia
kesian aku dengar
tak sampai setengah tahun dia kahwin
dah berantakan...mmm...
mungkin adat orang kahwin kot
mesti ada yang gaduh...ada yang gembira


tapi, bila aku baca sms dia
sayu jer hati aku ni
kesian kat kak long pun ada
yer la...dialah satu-satunya kakak yang aku ada kat dalam dunia ni
kalau bukan aku...
siapalah lagi yang dia boleh kongsi cerita
aku ada jugak bagi sikit nasihat kat dia
supaya bersabar 
nak buat macam mana...

sebelum kahwin memang ada jer yang tak ditunjuk
lepas kahwin banyak la ragam yang tak kita sangka
sabar...sabar...sabar...
memang boleh diungkap dengan kata-kata
yang menanggungnya sangat berat
aku tahu kak long sedang alami krisis
mungkin ujian dari tuhan pada dia

~YA ALLAH... aku memohon kepada-Mu, 
Kau tunjukkanlah jalan yang benar kepada kak long dan suaminya
agar mereka dapat hadapi dugaan yang Kau berikan...
tabahkan lah hati mereka dalam menempuhi apa-apa dugaan dan cabaran
aku memohon padaMu agar ampunilah dosa-dosa mereka
dosa-dosa kecil mereka...
janganlah jadikan dosa-dosa kecil mereka 
sebagai dugaan yang mereka tak mampu tempuhi
Kau berikanlah kemaafan pada mereka, YA ALLAH...
Kau jagalah rumah tangga yang baru sahaja mereka bina
berikanlah fikiran yang tenang dan rasional pada mereka
hindarilah mereka daripada membuat keputusan yang Engkau tidak redhai~

bila aku ingatkan balik pasal kak long
membuatkan aku lagi tidak percaya pada golongan adam ni
kenapa kita perlu selindung sikap sebenar sebelum kahwin
dan kenapa kita tak dapat teruskan dengan keadaan seperti sebelum kahwin
~YA ALLAH... jangan jadikan hatiku sangat keras pada golongan adam ini~
aku semakin takut untuk fikir pasal soal perkahwinan
untuk menjadikan betul-betul..
makin tidak berani...

Sunday, April 4, 2010

why i should be study????


why i should study???
that questions couldn't be answere in a simple way...
i have to focus on what i want to be..

what i want to be actually....
i don't know
or
i don't want to know

its just confius here
i already spoil my ambitious
and
i don't know how to manage them back

it just my mistake
down my parents dream
oh my GOD...
please help me...
forgive me what i have done..

i don't know what to do now..
don't know how to do now.. 
don;t know what going on behind me!!!

what happened to me..
why i choose this step
why i take this step
why i move on this step...even i know something wrong here...

from i was a child till now...a teenager
i only focus on study... yeah...whatever
i try to be someone
but, i have spoil all the dream
don't know how to return all the things

how can i face to my parents
how can i face to people
how can i face to my family
that was really ............
somebody help me...

but i know
only me can repair all the mistaken that i have done
i don't know to do it
but, i still have to try

i know...
still someone with me
and never leave me behind in alone
the one that i always remember

i love u..
always love u till i die...
really don't know what will be happened
if u are not with me

that's was u..
...ummi...
i really love u...

because of u
till now
i always be strong
i always try hard to make u happy
i don;t want to disappointing u again

never
but i do it again..
please forgive ur doughter

but
i always love u...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...