Tuesday, April 21, 2009

MANUSIA TAK BERMORAL

MANUSIA TAK BERMORAL

 
 

Alhamdullilah... Dah habis pun pengajian aku bagi semester ni. Aku pun balik ke kampung halaman setelah setahun merantau ke negeri orang. Alangkah gembiranya dan bercampur sedikit sebanyak sedihnya dalam hati ini. Gembira kerana dah habis pengajian di sana, yang sedih pula sebab dah tinggalkan kawan-kawan dan pengalaman-pengalaman semasa di sana. Biasalh sebagai pelajar, pengalaman yang ada itu terdiri daripada pahit dan manis. Yang sebenarnya, aku bukan nak menceritakan pengalaman balik kampung, tetapi ingin menceritakn sedikit pengalaman aku melihat manusia yang lemah ditikam lagi dengan masalah dari manusia yang jahil.

Ini kisah berlaku dalam perjalan kami balik ke kampung pada awal pagi.Kami berhenti sembahyang subuh di masjid yang berhampiran. Kami sempatlah juga berjemaah dengan makmum lain. Setelah itu, kami terus menyambung perjalanan seperti biasa. Setelah lebih kurang setengah jam kami berjalan, kami ternampak di bahu jalan bersebelahan terdapat sebuah lampu yang sama-samar di dalam parit. Aku ternampak cahaya biru dibelakng kereta tersebut. Aku terdetik mungkinkah kemalangan? Emak menyuruh ayah berpatah balik melihat apa yang terjadi. Sangkaanku benar, kemalangan yang melibatkan sebuah kereta sahaja. Sebelum kami tiba di situ, aku ada terlihat beberapa buah motosikal dan sebuah kereta memperlahan kenderaan mereka untuk melihat apa yang terjadi, tapi mereka hanya melihat dan terus berlalu. Alangkah tidak prihatinnya sikap yang ditonjolkan mereka. Berbalik semula kisah tadi, aku, ayah dan datuk saudaraku turun untuk melihat apa yang berlaku. Semasa kami berjalan, aku ternampak kelibat seorang lelaki keluar dari kereta tersebut yang sudah remuk teruk. Dari jauh aku melihatnya sebagai seorang budak lelaki, tetapi setelah berada dihadapannya, dia adalah seorang dewasa, dalam lingkunagan 20-an.

Dari apa yang aku perhatikan dengan keretanya yang sudah tidak ada rupa itu, tidak aku sangka tidak ada secalit darah pun yang aku nampak pada dirinya. Alhamdullilah.... Dia terselamat. Katanya dia terbabas kerana nak mengelak daripada lembu. Sepasang suami isteri lain yang tiba bersama-sama kami menolong pemuda tersebut mengiakan kata-kata pemuda tersebut. Sememangnya kawasan itu terdapat banyak lembu yang lalu-lalang. Pemuda tersebut semasa keretanya terbabas, dia hanya membaca ayat Kursi 7 kali. Nasib baik, kereta sahaja yang rosak. Pemuda tadi masih dalam keadaan yang terpina-pina. Kesian aku tengok pemuda tersebut. Sepasang suami isteri tadi menawarkannya membawa ke balai polis untuk membuat laporan, tapi pemuda itu mengatakan bahawa dia telah menelefon ayah mertuanya untuk datang menjemputnya. Pemuda tersebut mencari barang-barang yang dibawa. Semua dah berterabur. Dia memberitahu kami sebuah beg besar dia telah hilang.kira-kira RM3 ribu lebih terdapat dalam beg tersebut. Beliau menjelaskan lagi, setelah keretanya terbabas, ada dua orang pemuda yang datang melihatnya dan mengambil sesuatu. Setelah itu, kedua-duanya terus berlalu pergi. Ketika itu, pemuda tersebut masih lagi dalam keadaan yang terpina-pina. Dia hanya mampu melihat sahaja kerana masih dalam keadaan terkejut. Tersentak hati aku mendengar ceritanya.

Begitu jahilnya kedua-dua manusia tadi. Dahlah pemuda tersebut ditimpa kemalangan, bukannya datang membantu, malah mengambil kesempatan terhadap dirinya yang lemah itu. Pemuda tersebut memberitahu, nasib baik kedua-dua lelaki itu tidak memukulnya. Sampai sekarang aku masih lagi bingung, kenapa wujudnya manusia yang sebegitu rupa. Cuba bayangkan keadaan itu berlaku pada keluarga mereka, apa perasaan mereka mendapat tahu keluarga mereka dirompak ketika berada dalam situasi yang menyedihkan. Aku tak tahu apa bahasa yang dapat ditafsirkan terhadap perbuatan melampau mereka itu. Selepas itu, aku, ayah dan datuk saudara meninggalkan pemuda tersebut dengan sepasang suami isteri tadi kerana kami perlu menyambung semula perjalanan kami.

0 pesanan chomel:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...